1. Alkitab
Baca satu bab Alkitab setiap hari. Mulakan dengan Injil Yohanes. (Injil bermaksud “berita baik”!)
Dan jadilah sama seperti bayi yang baru lahir, yang selalu ingin akan air susu yang murni dan yang rohani, supaya olehnya kamu bertumbuh dan beroleh keselamatan. 1 Petrus 2:2
Firman-Mu itu pelita bagi kakiku dan terang bagi jalanku. Mazmur 119:105
Alkitab adalah firman Allah, surat-surat kepada anak-anak-Nya, mengandungi janji dan kebenaran yang dijadikan panduan hidup. Apabila kita membaca firman-Nya, kita mula memahami apa yang diingini Allah dalam kehidupan kita. Bermula dengan Yohanes, kita memulakan langkah-langkah penemuan yang akan membawa kita kepada menjalani hidup dalam segala kelimpahan. Jangan segan-segan untuk membaca lebih banyak jika mahu! Adalah membantu untuk menyediakan sebatang pensel untuk menggariskan mana- mana ayat yang bermakna buat anda, atau tidak jelas kepada anda.
Berikut adalah satu janji besar Yesus kepada anda. Letakkan nama anda di ruang kosong di bawah.
Karena begitu besar kasih Allah akan _______, sehingga Ia telah mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya (jika) ________ yang percaya kepada-Nya, _______ tidak binasa, melainkan ________beroleh hidup yang kekal. Yohanes 3:16
2.Berdoa
Berdoa merupakan cara kita bercakap dengan Allah. Ini merupakan komunikasi langsung kita dengan-Nya. Luangkanlah masa sepanjang hari untuk bercakap dengan Allah setiap hari tentang apa-apa dan segala-galanya.
Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur. Damai sejahtera Allah, yang melampaui segala akal, akan memelihara hati dan pikiranmu dalam Kristus Yesus. Filipi 4:6-7
3.Menyembah
Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati. Roma 12:1
Penyembahan adalah tentang Tuhan sahaja. Ia merangkumi segala sesuatu yang kita lakukan. Sama ada kita duduk, berdiri, bekerja atau bermain, makan atau minum, berjalan atau memandu, penyembahan merupakan penyataan luaran tentang kepentingan dan nilai Allah dalam kehidupan kita. Ia merupakan motivasi di sebalik bagaimana dan mengapa kita menjalani hidup kita.
Keraplah menyembah dengan orang lain di gereja yang mengajar anda tentang Alkitab.
Dua kaedah penyembahan yang asas adalah pembaptisan dan Perjamuan Tuhan.
Pembaptisan adalah penyataan luaran bagi keputusan dalaman anda untuk menjadikan Yesus sebagai Tuhan hidup anda. Ini merupakan pengumuman terbuka kepada seluruh dunia bahawa kehidupan anda, sekarang dan selama-lamanya, berada di bawah kepimpinan dan penjagaan-Nya. Gereja tempatan anda akan memberikan penjelasan yang lebih mendalam dan memimpin anda dalam ketaatan dalam tindakan penyembahan ini.
Perjamuan Tuhan adalah satu pengisytiharan mengenai kematian dan kebangkitan Yesus. Suatu masa untuk merenungkan pengorbanan yang dibuat oleh Yesus supaya kita boleh mengalami hidup yang kekal sekarang dan selama-lamanya. Roti, tubuh-Nya yang terluka; cawan, darah-Nya yang ditumpahkan; mengingati pengorbanan kematian dan kebangkitan-Nya. Bagi penjelasan yang lebih terperinci, rujuk kepada gereja tempatan anda.
4.Persekutuan
Melibatkan diri dengan orang Kristian yang lain akan membantu anda bertumbuh dalam iman anda.
Persekutuan adalah suatu masa di mana pengikut-pengikut Kristus boleh berkumpul dan mempelajari firman Allah dan untuk saling mendorong: mengongsikan dukacita dan penderitaan serta sukacita dan kemenangan sesama sendiri. Ini sesuai dengan pertumbuhan dalam iman kita dalam Allah ketika kita melihat bagaimana Dia bekerja dalam semua ini bagi kebaikan kita.
Tempat yang baik untuk ini adalah gereja tempatan yang mengajar anda tentang Alkitab. Ini adalah salah satu tujuan yang dikhususkan oleh Allah bagi gereja tempatan.
Dan marilah kita saling memperhatikan supaya kita saling mendorong dalam kasih dan dalam pekerjaan baik. Janganlah kita menjauhkan diri dari pertemuan-pertemuan ibadah kita, seperti dibiasakan oleh beberapa orang, tetapi marilah kita saling menasihati, dan semakin giat melakukannya menjelang hari Tuhan yang mendekat. Ibrani 10:24
5.Bersaksi
Bersaksi bermakna menceritakan kepada orang lain tentang sukacita yang berlaku dalam hidup anda. Bagaimanakah kehidupan sekarang berbeza sejak Dia memberikan anda hidup dalam segala kelimpahan? Kongsikan itu! Allah telah memberikan kita kurnia hidup yang kekal dengan rela hati dan adalah bagi faedah kita untuk berkongsi dengan kawan dan keluarga kita.
Salah seorang pengikut Kristus yang awal, Andreas, selepas pertemuan pertamanya dengan Yesus segera pergi mendapatkan saudaranya untuk memperkenalkannya kepada Yesus. Kita harus mengikuti contohnya kerana kita mahu mengongsikan maksud hidup dalam segala kelimpahan sekarang, dan selama- lamanya, kepada kita.
Semasa anda melakukan ini, ia membantu anda untuk bertumbuh secara rohani juga.
Dan aku berdoa, agar persekutuanmu di dalam iman turut mengerjakan pengetahuan akan yang baik di antara kita untuk Kristus. Filemon 1:6